Rona Hijab Yang Sesuai Untuk Tona Kulit Wanita Asia




“Tak ada tudung yang sesuai lah.”
Itu sahaja ayat pertama yang muncul dari mulut wanita semasa membuka almari tudung. Seronoknya kalau buka almari sahaja tersusun hijab dari bermacam bentuk, gaya dan warna. Dari yang dibeli berharga RM 10 sehinggalah mencecah ke puluhan ringgit. Jika ada bermacam pilihan warna dan rekaan, pasti lebih senang untuk menyuaipadankan dengan pakaian anda. ‘Matching look’ atau gaya sepadan akan membuatkan anda menjadi tumpuan rakan-rakan pejabat atau kuliah pada hari itu dengan gaya trendinya.

Nah, disini harus diingatkan juga bahawa sebelum membeli tudung yang anda inginkan, pilihan rona tudung mestilah bersesuaian dengan tona kulit anda. Jangan beli hanya kerana anda suka. Tetapi beli jika ianya sesuai. Ingin ketahui samada tona kulit anda sesuai atau tidak dengan rona hijab pilihan? Kenali tona kulit anda terlebih dahulu. Ikuti langkah-langkah seperti dalam artikel sebelum ini untuk mengenalpasti tona kulit anda. Elakkan rona-rona yang boleh membuatkan wajah anda tampak kusam dan tidak bermaya. Apakah rona yang sesuai untuk tona kulit wanita Asia? Ayuh ikuti tips dibawah ini;

·        Kulit Putih
-          Anda amat beruntung jika memiliki tona kulit ini. Ini kerana anda boleh mengenakan apa sahaja rona hijab tanpa perlu risau samada warnanya ‘kena’ atau tidak dengan tona kulit anda.
-          Gunakan rona-rona solid/garang seperti merah, hitam, hijau dan biru.

·        Kulit Sawo Matang
-          Sawo matang berada di tengah-tengah kategori tona kulit antara gelap dan cerah. Tona kulit ini lebih kepada coklat gelap. Pilihan rona hijab yang sesuai adalah lebih kepada pastel dan gelap.
-          Rona yang sesuai adalah seperti lavender dan maroon. Hindari rona coklat atau yang terlalu terang seperti kuning.

·        Kulit Kuning Langsat
-          Tona kulit ini lebih kepada cerah dan kekuningan. Gunakan rona hijab yang cerah dan menaikkan seri wajah anda. Ini kerana kulit jenis ini senang tampil kusam jika tidak berhati-hati semasa memilih rona yang betul.
-          Rona pilihan yang sesuai adalah lebih kepada cerah seperti pink, biru dan kuning. Ianya akan menaikkan lagi seri kecantikan pada wajah anda.
-          Elakkan rona-rona seperti kelabu, oren, coklat, hitam dan gold.

·        Kulit Gelap
-          Untuk tona kulit ini, lebih selamat jika anda gunakan rona pastel atau gold yang akan menaikkan seri pada wajah anda.
-          Hindari rona malap seperti coklat, hitam dan oren gelap. Ini akan membuatkan kulit anda tampil lebih gelap dan tidak bermaya.

Tips : Pilihan rona hijab bukan sahaja dapat memberi tenaga buat anda menjalani aktiviti seharian tetapi juga menaikkan semangat agar lebih fokus dalam melakukan tugasan.

Nah, tunggu apa lagi? Clearkan almari anda dengan hijab yang tidak sesuai. Gunakan tips di atas untuk upgradefashion sense’ anda!

Oh sebelum itu, apa kata singgah dahulu ke laman web kami untuk menjengah kempen gel mandian aromaterapi yang ditawarkan;  https://www.ikonlady.com.my/


Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!