Kenali Tona Asas Kulit, Anda Berada Di Kategori Yang Mana?




Okay, kita sudah pun masuk ke topik gaya hidup sihat dan cara-cara yang betul untuk mengelakkan daripada menghadapi tekanan perasaan. Nah, kita beralih pula ke topik yang lain. Artikel kali ini akan menceritakan tentang rona asas yang sesuai untuk tona kulit. Pemilihan rona yang betul amat penting buat anda, tidak kira samada untuk rona solekan, pakaian mahupun hijab. Bercakap mengenai solekan – pemilihan rona solekan asas juga penting dan seharusnya sesuai untuk tona anda. Jika tersalah pilih rona yang bersesuaian, tidak timbullah seri atau kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Tona kulit terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;

Ø  Warm undertone (tona hangat)
Ø  Cool undertone (tona dingin)
Ø  Neutral undertone (kedua-duanya)


Anda tergolong dalam kategori yang mana? Boleh jadi juga sesetengah orang mempunyai 2 tona sekaligus. Anda yang mempunyai 2 tona ini sangat beruntung kerana sesuai sahaja dikenakan dengan rona sekalipun.

Ikuti tips dibawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara yang betul untuk menentukan tona kulit anda;
·        Teliti urat pada pergelangan tangan
-          Jika urat anda berona biru, anda mempunyai tona kulit cool. Tetapi jika berona hijau, tona kulit anda adalah warm. Perhatikan nadi anda dibawah sinaran cahaya matahari.

·        Perhiasan
-          Gunakan perhiasan badan seperti barang kemas. Jika barang kemas anda berwarna emas, ini bermaksud anda mempunyai tona kulit warm dan berwarna perak adalah untuk tona kulit cool.


·        Solekan
-          Semasa ingin membeli solekan asas seperti krim foundation atau bedak asas, pastikan anda mencubanya terlebih dahulu di atas pergelangan tangan anda. Ini untuk memastikan bahawa anda tidak tersalah membuat pilihan.

Terdapat 4 tona kulit yang sememangnya dimiliki oleh wanita di Asia iaitu sawo matang, kuning langsat, putih dan hitam manis.
·        Sawo matang – mereka yang tergolong dalam kategori tona ini memiliki jenis kulit yang agak gelap. Bukan hitam tetapi lebih kepada coklat.
Ø  Rona solekan asas : tan, caramel.
Ø  Rona untuk pakaian : rona terang seperti kuning dan hijau.

·        Kuning langsat – kulit yang dimiliki oleh wanita Asia seperti ini adalah agak putih tetapi lebih kepada kekuningan.
Ø  Rona solekan asas : coklat, beige.
Ø  Rona untuk pakaian : rona cerah seperti pink atau biru.

·        Putih / Cerah – bagi yang memiliki kulit berona ini, sangat senang untuk memilih solekan asas atau rona pakaian tanpa perlu risau jika tidak sesuai.
Ø  Rona solekan asas : ivory
Ø  Rona untuk pakaian : gunakan rona terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam, biru terang, fuschia pink.

·        Hitam manis – selalunya rona kulit seperti ini dimiliki oleh wanita etnik Asia yang sangat sedikit bilangannya.
Ø  Rona solekan asas : gold, beige.
Ø  Rona untuk pakaian : gunakan rona selamat seperti pastel. Elakkan daripada menggunakan rona-rona kusam seperti hitam atau coklat.

Tips : Paling penting, cuba terlebih dahulu kesesuaian asas solekan dan rona pakaian pada kulit anda. Jika tidak kena, usah beli. Takut berlaku pembaziran.

Notakaki : elakkan pembaziran dengan membeli gel mandian aromaterapi 7Lime. Klik disini untuk maklumat lanjut : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!