Jom Kembara Lihat Dunia. Tips Untuk Solo Traveller HIjabista!




Dalam sekali seumur hidup, anda harus lakukan travelling secara solo. Ini adalah untuk keterbukaan minda anda agar melihat dunia luar dan tidak hanya berada di bawah kotak perlindungan sahaja. Keluar, bersosial, lihat pemandangan, luaskan fikiran. Solo traveller bermaksud anda melakukan perjalanan jauh secara bersendirian tanpa teman. Banyak tips yang harus anda ambil kira. Pertama sekali, sediakan checklist untuk memastikan tiada barangan yang tertinggal. Almaklum sahajalah, anda keluar berseorangan. Jika barang tidak mencukupi, tiada siapa yang dapat membantu anda melainkan diri anda sendiri sahaja.

Tambahan pula buat solo traveller yang masih lagi dalam peringkat beginner (pemula). Sudah tentu anda harus lebih peka dan teliti dengan barangan yang perlu dan tidak perlu dibawa. Jom ikuti tips dibawah ini;

·        Asingkan simpanan dokumen dan wang perjalanan
-      Sebolehnya asingkan kedua-dua perkara penting ini agar tidak keliru. Kebiasannya orang letakkan sahaja sekali agar tidak tertinggal. Bergantung pada anda mana yang lebih senang dan selesa. Tetapi dinasihatkan untuk asingkan tempat penyimpanan samada di dalam poket atau beg galas dan bagasi anda. Ini kerana solo traveller seringkali menjadi sasaran penyeluk saku. Terutamanya buat kaum perempuan.
-          Jika penyeluk saku mengambil wang, anda masih ada dokumen perjalanan sebagai bukti anda memasuki negara orang secara sah.

·        Catat nombor penting
-       Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda memberi nombor tempat penginapan dan maklumat penting kepada ahli keluarga. Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, mereka tahu kemana hendak dituju. Catat juga nombor-nombor penting ini di dalam buku nota dan simpankan di dalam bagasi atau beg galas anda. Manalah tahu, kalau handphone buat hal seperti rosak atau hilang, ada juga nombor sebagai penyelamat keadaan.

·        Penginapan bajet
-     Bagi anda yang baru berjinak dalam travelling secara solo ini, pastikan tempat penginapan anda mengikut kemampuan bajet. Tetapi haruslah yang cantik dan selesa. Jangan hanya kerana hendakkan harga yang murah, hentam keromo sahaja pilih tempat tidur.
-      Penginapan anda juga harus dekat dengan semua kemudahan seperti pengangkutan awam, kedai makan atau runcit, balai polis dan sebagainya.

·        Pengangkutan awam
-     Bagi kaum wanita, perkara ini harus anda berjaga-jaga. Pastikan pengangkutan awam yang digunakan seperti tren, bas, tram dan sebagainya dimana ramai orang turut menggunakannya dalam masa yang sama. Elakkan daripada guna teksi, private cars dan sebagainya.

Tips : Yang penting, checklist kenalah lengkap untuk beginner solo traveller.

Notakaki : Nah, kalau dah pergi travelling tu apa kata bawa sekali gel mandian aromaterapi 7Lime ini untuk beri kesegaran agar kekal cergas sentiasa. Klik disini untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!