Penjagaan Kulit Yang Sempurna Agar Kekal Terhidrat Sepanjang Hari!




Cuaca di Malaysia sekarang ini seringkali tidak menentu. Kadangkala hujan dan kadangkala panas terik. Ini menyebabkan keadaan kulit menjadi cepat sensitif dan kering. Pernahkah anda mengalami kulit terlalu kering sehingga terjadinya bersisik? Bagi sesetengah daripada anda yang berhijab, pasti penjagaan kulit jarang diambil kira. Jangan begitu! Walaupun berhijab atau berniqab, kulit seluruh badan terutamanya di bahagian wajah haruslah dijaga dengan rapi agar tidak tampil kusam dan tidak bermaya.

Kulit kering bukan hanya terjadi akibat cuaca tetapi ada juga beberapa faktor yang mendorong kepada keadaan kulit seperti ini. Antara sebab utamanya adalah;

·    Kurang minum air kosong – tubuh yang segar dan terhidrat memerlukan cecair yang secukupnya di dalam lapisan kulit agar ianya dapat mengekalkan lembapan.
·      Cuaca  - selalu terdedah dan berjemur di bawah sinaran matahari, kerap mandi air panas atau berada di dalam ruangan yang berhaba juga boleh menyebabkan air di dalam kulit terhidrat.
·    Pemakaian sabun/pencuci muka yang salah – kebanyakan sabun mandian mengandungi surfaktan iaitu salah satu bahan kimia yang TIDAK membahayakan kulit tetapi menyebabkan kulit anda terhidrat. Surfaktan juga menghakis minyak pada kulit, tidak kira samada kulit badan atau wajah.
·      Krim penghapus jerawat/retinol krim jerawat selalunya mengandungi retinol dan benzoil peroksida akan membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih kering dan mengelupas.

Namun, terdapat pelbagai cara dan tips berguna untuk menjaga kulit kamu, si hijabista! Jadikan tips ini sebagai rutin harian agar kulit sentiasa tampil sihat dan berseri sepanjang masa tanpa perlu memakai produk-produk penjagaan kulit yang mahal;

·        Ubah gaya hidup
-     Salah satu punca utama kenapa kulit wajah anda seringkali tampil tidak bermaya dan kusam adalah disebabkan oleh kurang tidur, pengambilan makanan berlemak dan tidak menjaga kebersihan diri.
-    Ubah gaya hidup anda kepada yang lebih baik. Mulakan dengan tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya 8 jam sehari agar tubuh menjadi lebih tenang. Ini adalah untuk tubuh anda menghasilkan hormon melatonin agar anda sentiasa kelihatan  awet muda.
-     Sarapan itu penting! Pastikan sebelum anda ke kuliah atau tempat kerja, jamah sedikit sebagai sarapan agar ianya dapat menghasilkan tenaga buat anda melakukan kerja sepanjang hari.

·        Tubuh memerlukan cecair yang mencukupi
-    Fungsi cecair di dalam tubuh badan adalah untuk melancarkan peredaran darah, membekal nutrisi dan oksigen supaya kulit sentiasa kelihatan ‘bersemangat’.
-      Jika tubuh badan kekurangan cecair, bahagian pertama yang paling jelas penampilan kulit kering adalah pada kulit wajah. Bagi wanita, kulit wajah paling ‘sensitif’ sekali kalau berlaku sebarang kerosakan kulit.

·        Gunakan losyen
-       Kulit yang kering perlu memakai losyen untuk memastikan kulit sentiasa kekal lembapan dan terhidrat sepanjang masa. Pilih juga yang mengandungi SPF untuk memberi perlindungan daripada sinaran UV jika anda ingin melakukan aktiviti luar.
-   Kulit yang terdedah akan cepat kering, maka penggunaan losyen itu sangat penting. Pastikan juga anda memakai sunscreen/sunblock sebagai perlindungan ekstra buat kulit.

Tips : Elakkan daripada melakukan terlalu banyak aktiviti yang terdedah di bawah sinaran matahari. Terlalu lama di dalam ruangan yang berpenghawa dingin juga tidak baik buat kulit.

Notakaki : Ingin kekalkan kulit terhidrat selalu? Gunakan gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Ianya tidak mengandungi surfaktan atau merkuri yang boleh membuatkan kulit iritasi malah memberi pembakar semangat agar anda kekal aktif sepanjang hari. Klik di sini untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!