Pentingnya Menjaga Kesihatan Mental & Fizikal



Bersambung daripada topik sebelum ini yang menceritakan masalah depresi, simptom dan cara-cara untuk atasinya, artikel ini akan menceritakan dengan lebih mendalam cara untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal anda agar sentiasa cergas. Masalah mental merupakan salah satu penyakit yang cenderung untuk alami depresi, bertindak mencederakan diri atau pengakhirannya menjadi gila. Individu yang mengalami masalah penyakit mental ini tidak mudah untuk mengakui dan memerlukan bantuan dengan segera. Perhatikan orang di sekeliling anda samada mereka memerlukan pertolongan ataupun tidak. Terutamanya mudah untuk kita mengenalpasti ahli keluarga sendiri.  

Cegahlah sebelum terlambat. Lakukan aktiviti penjagaan kesihatan yang terbaik untuk mental dan fizikal anda. Stres juga merupakan penyumbang utama kepada masalah mental. Atasi tekanan tersebut. Nah, ikuti langkah-langkah ini untuk mengetahui cara berkesan mengatasi masalah tekanan dan berfikir secara positif;

·        Terima kenyataan
-          Sesetengah daripada anda pasti sukar untuk menerima sesuatu keputusan seperti hubungan sesama manusia samada di rumah atau di tempat kerja. Terima kenyataan tersebut. Kaji semula diri anda. Mungkin terdapat kekurangan atau kelebihan dimana-mana yang menyebabkan keputusan tidak menyebelahi anda. Usaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Pasti anda akan lebih gembira dengan perubahan diri anda sendiri.

·        Rancang kehidupan dengan lebih bijak
-          Contohnya seperti anda menerima orang baru dalam kehidupan anda seperti anak atau mertua. Rancang perjalanan hidup anda dengan lebih baik. Hulurkan sistem sokongan di antara satu sama lain. Kongsikan masalah. Tentu ada jalan penyelesaiannya.

·         Jaga kesihatan mental dan fizikal
-          Amalkan pengambilan makanan atau diet seimbang. Di dalam satu kajian yang telah dijalankan mendapati masalah mental seperti kemurungan berkait rapat dengan penyakit jantung seperti penyakit kardiovaskular, strok, koronari dan sebagainya.

·         Luangkan masa beraktiviti
-          Jika anda mempunyai kekangan masa seperti terlalu sibuk di tempat kerja, ubahlah cara hidup itu. Kerja yang bertimbun pasti tak berkesudahan walau setekun mana kita lakukannya. Berhenti dan luangkan masa untuk diri sendiri. Lakukan aktiviti seperti bersenam, jogging atau breeze-walking. Senaman mampu melepaskan hormon endorfin yang dapat mewujudkan perasaan gembira.

·         Pastikan waktu rehat dan tidur yang cukup
-          Bagi orang dewasa, sekurang-kurangnya tidur di waktu malam adalah selama 6 jam sehari. Tidak hanya itu, jika di waktu tengah hari, anda ada masa terluang di antara waktu makan dan bersolat, rehatlah dalam masa 20 – 30 minit sehari. Power napping juga digalakkan untuk mengecas kembali tenaga.

·         Sentiasa positifkan diri
-          Kawal perasaan kecewa dan amarah anda dengan selalu berfikir secara positif. Terapkan nilai-nilai murni dalam diri anda, barulah hidup terasa aman dan bahagia. Hormat-menghormati dan selalu memaafkan orang lain, hati anda akan terasa tenang.

·         Kawal mental anda
-          Hapuskan tekanan perasaan anda agar ianya tidak mengawal hati anda dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik. Jangan terlalu hendak ke depan atau berlumba. Sesekali mengalah tidak bererti kita lemah. Tetapi elakkan daripada menjadi sesuatu yang buruk atau lebih besar.

·         Kongsikan masalah
-          Jika masalah yang dipikul terlalu berat, kongsikan dengan teman rapat atau ahli keluarga yang mampu untuk menjadi pendengar setia. Kadangkala, pendapat orang kedua atau ketiga dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang ditanggung.

Tips : Segarkan badan anda dengan mandian aromaterapi. Jom ikut link ini : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!