RAHSIA : Teknik Melebatkan Rambut





Rambut merupakan perkara terpenting buat wanita. Ia adalah mahkota yang paling dijaga agar sentiasa sihat dan berseri sepanjang masa. Jika anda mengalami masalah rambut tidak sihat, mood berubah seiring dengannya. Masalah yang sering terjadi melibatkan rambut adalah keguguran. Menurut satu kajian, keguguran rambut bukan hanya terjadi kepada wanita sahaja tetapi juga lelaki dan kesemua peringkat umur juga mengalami masalah yang sama. Keguguran rambut juga terbahagi kepada 2 bahagian iaitu normal dan tidak normal.

Antara faktor penyebab keguguran rambut adalah pengaruh hormon, kurang vitamin dalam badan, kerap menggunakan produk penjagaan atau penggayaan rambut yang mengandungi bahan kimia seperti mewarna dan banya lagi. Rambut rosak dan kering juga menjadi faktor utama masalah keguguran rambut pada wanita. Tambahan pula buat yang berhijab.

Akibat keguguran rambut, mahkota terpenting anda akan menipis dan tidak bermaya. Nah, ini ada teknik berkesan untuk melebatkan kembali rambut anda. Ayuh, ikuti caranya dibawah;

·        Aloe Vera
-    Menjadikan rambut anda lebih lembut dan mudah diurus. Ianya mempunyai beberapa enzim yang baik untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dengan sempurna. Dengan bersifat alkali, Aloe Vera juga mampu untuk memberi keseimbangan pH pada kulit kepala serta menghapus sel-sel kulit mati.

·        Santan Kelapa
-     Baik untuk melebatkan rambut dan menjadikannya lebih hitam serta memberi kilauan. Ianya mengandungi Vitamin E dan minyak esen yang boleh meningkatkan kesuburan serta pertumbuhan rambut secara maksima.

 ·        Minyak Kelapa Dara
-     Berfungsi sebagai penguat akar rambut untuk mengelakkan rambut gugur. Minyak ini juga mampu untuk merangsang pertumbuhan anak rambut yang baru.

·        Minyak Argan
-    Melancarkan peredaran darah pada kulit kepala dan menggalakan pertumbuhan anak rambut yang baru lebih sihat. Selain itu, minyak ini juga membantu menguatkan folikel rambut agar ianya tidak mudah mengalami keguguran.

·        Minyak Rosemary
-       Aroma daripada minyak Rosemary ini sangat mengharumkan dan merangsang peredaran darah dalam kulit kepala agar berjalan dengan lancar. Bukan sahaja ianya mampu memberi haruman semulajadi pada rambut anda malahan minyak ini juga mampu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut lebih bersinar.

·        Pengambilan makanan yang teratur
-        Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan zink dan zat besi. Ianya membantu menguatkan folikel rambut dan melebatkan rambut tanpa memerlukan rawatan yang mahal. Makanan yang mengandungi zink dan zat besi adalah seperti kacang kuda, daging, hati, avokado, almond, tomato, kentang, ikan, kekacang dan sayuran hijau.

·        Vitamin A dan C
-     Vitamin ini mampu menguatkan akar rambut agar pertumbuhannya menjadi sempurna dan tiada masalah hujung bercabang. Kaya dengan antioksida, ianya membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Makanan yang mengandungi Vitamin A dan C adalah; oren, brokoli, betik, strawberi, lobak merah, kobis, aprikot, mangga, telur dan susu.

Tips : Ikut cara di atas untuk mendapatkan rambut yang lebat dan sihat.

Notakaki : Bukan sahaja rambut kena sihat, badan juga harus dijaga agar tidak berbau dan sentiasa segar. Gunakan gel mandian aromaterapi 7Lime. Jangan lupa klik di laman web kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!