Ingin Tambah Berat Badan? Ikuti Tips Berguna Ini




Kebelakangan ini terlalu banyak artikel mengenai pengambilan makanan yang sihat bagi menurunkan berat badan atau berdiet. Tidak banyak artikel yang mengetengahkan pengambilan makanan terbaik untuk menaikkan berat badan bagi yang mengalami masalah kurang berat. Jika terlalu ‘skinny’, anda akan kelihatan seperti tidak sihat atau kekurangan zat dan nutrisi dalam badan.

Sesetengah daripada anda mungkin ini menaikkan sedikit berat badan agar tidak kelihatan seperti tengkorak berjalan. Tak salah untuk makan tetapi biarlah berpada agar jangan berat anda naik secara mendadak. Rutin pengambilan makanan yang sihat adalah sebanyak 5 kali sehari. 3 kali untuk sajian utama dan 2 kali buat snacking. Masa juga harus betul jika ingin anda mendapat berat badan ideal mengikut BMI (Body Mass Index) masing-masing. Bagi anda yang bertubuh kurus dan ingin mendapatkan berat badan ideal, dibawah ini ada tips-tips berguna dan cara pemakanan yang betul;

·        Sarapan pagi (breakfast) : 7.00am – 9.00am
-    Ambillah roti wholemeal bersama mentega kacang atau telur separuh masak, oat dan banana shake. Pastikan makanan yang diambil dapat mengisi perut anda sebelum tiba waktu tengah hari.

·        Snacking : 10.00am – 11.00am
-      Bila tiba sahaja pukul 10 pagi, pasti perut sudah berkeroncong minta diisi. Nah, disini anda jangan terus menjamu selera makanan tengah hari. Lakukan snacking terlebih dahulu seperti makan keropok/epal untuk mengelakkan perut terasa ‘super’ lapar semasa menjelang waktu lunch nanti.

 ·        Makan tengah hari (lunch) : 12.00pm – 2.00pm
-     Sebelum menjamu selera, pastikan anda mengambil buah-buahan terlebih dahulu untuk menyah segala toksin dalam badan. Ianya berkesan untuk menghalang anda mengambil makanan yang berlebihan sewaktu makan.
-  Jika sebelum ini nasi ½ pinggan, lebihkan sedikit jadi 2/3 atau sepinggan. Ambil makanan yang berunsurkan protein seperti ikan, telur, ayam dan daging. Kurangkan pengambilan sayuran dalam makanan kerana ianya boleh cepat mengenyangkan.

·        Hi-Tea : 4.00pm – 5.00pm
-    Sebelum makan malam, ambillah makanan ringan seperti kuih-muih atau buah-buahan untuk mengisi perut.

·        Makan malam (dinner) : 6.00pm – 8.00pm
-    Bagi yang ingin mengurangkan berat badan, pasti pengambilan makan malam harus dikurangkan. Tetapi bagi anda yang ingin menaikkan berat badan, boleh sahaja ambil makanan seperti nasi, naan, mee goreng atau nasi goreng untuk mengisi perut.

·        Ekstra (supper) : 10.00pm – 12.00am
-      Jika ingin menaikkan berat badan dengan cepat, pengambilan supper boleh membuatkan berat bertambah. Yang penting, jangan tidur sebaik sahaja makan. Ini kerana makanan yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan sistem pencernaan anda terganggu.

Tips : Walaupun ingin menaikkan berat badan, makanan yang diambil haruslah baik untuk kesihatan. Pengambilan kalori juga harus diawasi agar tidak berlebihan dan setiap hari diharuskan untuk mengambilnya.

Notakaki : Bukan hanya kesihatan badan sahaja perlu dijaga, kulit badan anda juga semestinya memerlukan penjagaan yang rapi. Apa kata cuba gel mandian aromaterapi dari produk kami iaitu 7Lime ini? Tawaran menarik menanti anda. Klik di laman web kami untuk info lebih lanjut;  https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!