Ingin Tahu Rahsia Makeup Tahan Lama & Tak Bercapuk?




Setiap wanita pasti mendambakan kecantikan tidak kira samada dari luar atau dalam. Wanita dan makeup, sudah tentu tak dapat dipisahkan. Sesetengah daripada anda, pasti mengikut trend dalam cara solekan yang terbaru atau mencari tips-tips yang berkesan agar solekan tahan lama dan tidak kelihatan bercapuk. Bagi kaum lelaki, jika anda ingin tahu kenapa perempuan hilang mood, ada 3 sebab sahaja. Solekan tak ‘on-point’, tudung tak ikut gaya dan perubahan hormon. Boleh meragam kita satu hari dengan 3 perkara ini!

Makeup yang tidak tahan lama dan bercapuk akan membuatkan anda tampil kusam serta tidak bermaya. Jom ikuti tips dibawah ini untuk mengetahui bahan asas yang betul bagi membuatkan makeup anda tahan lebih daripada 12 jam;

·         Serum
-          Ianya berfungsi untuk melindungi kulit dan mengelakkan liang pori tersumbat. Gunakan serum yang sesuai untuk kulit anda. Oleh kerana serum bertekstur cecair, ianya mudah meresap masuk ke dalam lapisan kulit wajah dan membaikpulih kulit dari kerosakan. Sekaligus, menahan makeup anda dari mencair.

·         Pelembap / Mist
-      Kekalkan lembapan pada kulit agar wajah anda tampil seri dan bersinar sepanjang hari. Elakkan kulit wajah yang telah disolek daripada kelihatan kering dan kusam dengan pelembap bersesuaian untuk jenis kulit.

·         Primer
-    Ini adalah bahan asas yang terpenting dalam turutan solekan. Primer berupaya untuk ‘mengunci’ makeup pada wajah anda dengan lebih lama. Terdapat dalam 4 jenis yang berbeza iaitu blurring (pore-minimizing), mattifying, illuminating dan hydrating. Ianya mampu untuk menyamarkan kulit cela dan memberi litupan penuh agar tidak tampil pada kulit wajah.
·         Foundation
-     Bahan ini juga terdapat dalam 2 jenis samada krim atau cecair. Semasa memilih produk asas untuk solekan ini, pastikan anda membeli yang bertekstur ringan dan lembut pada kulit wajah. Untuk kulit sawo matang dan hitam manis, anda digalakkan untuk guna foundation satu tona lebih cerah agar kulit tampil flawless.

·         Concealer
-   Guna apabila perlu sahaja. Tidak perlu memakainya selalu. Tetapi concealer bagus berfungsi untuk menutup cela, kesan parut, bintik hitam atau eyebag. Jika anda menggunakan foundation yang tak mempunyai litupan penuh, seeloknya dinasihatkan untuk memakai concealer supaya kulit tidak tampil kusam.

·         Loose powder
-    Jika anda inginkan makeup tampil flawless, gunakan loose powder daripada compact powder. Ini kerana serbuk daripada loose powder senang untuk dilakukan teknik ‘blend’ pada kulit wajah. Pilih loose powder dengan tekstur yang lebih halus. Pasti kulit anda akan menjadi lebih cantik.

·         Setting spray
-    Akhir sekali, gunakan setting spray for makeup agar solekan anda tahan lebih lama sepanjang hari. Kulit anda akan tampak glowing dan ianya mengunci solekan pada kulit wajah. Tahan lebih daripada 12 jam. Jadi, anda tak perlu aplikasikan makeup atau powder ke atas kulit setiap masa.

Tips : Cubalah dahulu, baru tahu keberkesannya!

Notakaki : Ingin kulit lembut dan segar buat wanita aktif? Jom cuba gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Jangan lupa klik di laman web kami ya untuk info lebih lanjut : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!