Ayuh, Lakukan 11 Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Dengan Betul




Kadangkala pernah tak terlintas di fikiran anda kenapa kulit anda masih tidak sempurna walaupun sudah bermacam cara dan produk kecantik yang digunakan untuk membaikpulih kulit wajah bermasalah? Penggunaan produk kecantikan juga harus betul dan mengikut turutannya. Ini kerana setiap langkah penggunaan produk akan memberi manfaat buat kulit wajah anda. Bukan hanya perlu mengikut turutan penggunaan sahaja dengan betul tetapi juga waktunya. Contoh seperti krim malam dan siang, anda harus memakainya di waktu yang telah ditetapkan. Jangan terbalik! Nanti tidak akan nampak kesannya.

Bagaimana untuk tahu samada anda mengikut turutan dan langkah yang betul? Gunakan produk yang mengandungi bahan bertekstur ringan pada siang hari. Manakala bahan aktif pada waktu malam seperti krim untuk membaikpulih kerosakan kulit wajah agar ianya dapat ‘bekerja’ dengan lebih efektif. Ayuh ikuti tips dibawah untuk ketahui cara melakukan penjagaan kulit wajah dengan lebih tepat;

·        Oil cleanser / Makeup remover
-          Bagi anda yang sememangnya gemar memakai alat solek, dinasihatkan untuk melakukan teknik ‘double cleansing’ ini. Penggunaan oil cleanser adalah untuk memastikan segala kotoran daripada solekan di kulit wajah telah pun dibersihkan.
-          Lakukannya sebelum mencuci wajah menggunakan facial wash.

·        Pencuci muka (facial/foam wash)
-          Pencuci muka juga didatangi dalam bermacam bentuk samada jenis gel, foam, mousse atau kini yang terbaru dalam bentuk serbuk. Anda haruslah bersihkan wajah dengan menggunakan facial wash agar liang pori yang tersumbat akibat solekan atau kotoran untuk memastikan pori terbuka.
  
·        Skrub
-          Bahan yang terkandung dalam skrub dapat melakukan proses pengelupasan secara semulajadi. Tetapi harus diingatkan bahawa jika terlalu kerap penggunaannya akan menyebabkan kulit menjadi kering dan iritasi.
-          Gunakan skrub seminggu 2-3 kali sahaja untuk kulit berminyak, kombinasi dan normal. Manakala 1-2 kali seminggu untuk kulit sensitif dan kering.

·        Toner
-          Semasa anda ingin menggunakan toner, pastikan kulit wajah berehat selama 30 minit – 1 jam untuk bernafas dan kembali kepada kulit asal. Biarkan sahaja kulit anda mengering dengan sendirinya.
-          Selepas itu, barulah anda mengaplikasikan toner kepada kulit wajah. Tetapi jangan gosok dengan kasar kulit wajah yang baru dicuci. Takut terluka atau kerosakan pula nanti. Pastikan anda menggunakan toner mengikut jenis kulit wajah.

·        Essence
-          Bahan seterusnya ini mengandungi bahan aktif yang ringan dan bertindak sebagai pelembap pada kulit wajah agar ianya kekal terhidrat sepanjang masa. Bagi anda yang mengalami penuaan pada kulit, dinasihatkan untuk menggunakan esen agar mengembalikan keanjalan dan kekal tampil awet muda.

·        Pelembap
-          Kekalkan lembapan dengan menggunakan pelembap agar kulit sentiasa tampil bermaya. Pelembap berfungsi untuk menghapuskan kekusaman pada kulit agar anda tampil cerah dan berseri.

·        Serum / Ampoule
-          Mengikut turutan penjagaan kulit orang Korea, penggunaan serum dan ampoule adalah berkesan untuk membaikpulih segala macam kondisi kulit. Untuk yang alami masalah jerawat, garis halus dan hiperpigmentasi, gunakan bahan ini bagi menutup penampilan cela pada kulit.

 ·        Face mask
-          Face mask/sleeping mask tidak perlu digunakan selalu. Ini hanya untuk menambahkan lembapan dan hidrasi pada kulit. Gunakan seminggu 2-3 kali sahaja.

·        Krim mata / eye cream
-          Sesetengah daripada anda pasti mengalami masalah ‘eyebag’ jika lambat tidur kerana melangsaikan kerja atau menonton drama sehingga lewat malam. Ini untuk mengekalkan keanjalan pada kelopak mata agar tidak timbul garis halus semasa usia semakin meningkat.

·        Suncreen / sunblock
-          Jika anda ingin keluar melakukan aktiviti outdoor atau bersantai bersama sahabat-handai dan keluarga, gunakan sunscreen/sunblock untuk memberi perlindungan kulit wajah daripada terdedah kepada sinaran UVA & UVB.

·        Krim malam / krim jerawat
-      Bahan-bahan yang terkandung dalam krim malam dan krim jerawat mempunyai bahan aktif berkonsentrasi tinggi. Elok untuk digunakan pada waktu malam agar ianya dapat membaikpulih kerosakan. Masalah pada kulit wajah anda dapat dipulihkan dengan lebih berkesan.

Tips : Ikuti cara ini untuk kulit wajah lebih halus, licin dan berseri. Walaupun dengan langkah-langkahnya tidak mudah, tetapi hasil lumayan.

Oh ya, jangan lupa kunjungi laman web kami untuk mendapatkan gel mandian aromaterapi dengan tawaran hebat. Klik di sini : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!