Cara Untuk Alami Gaya Hidup Sihat


Sudah tentu impian setiap orang untuk menjalani hidup yang sihat dan sejahtera. Siapa yang mahu jatuh sakit, bukan? Tetapi anda haruslah mengamalkan gaya hidup sihat agar kesihatan sentiasa terjaga dan sempurna. Manfaat yang anda akan dapat sekiranya amalan gaya hidup mengikut aturan dan langkah dengan betul adalah seperti peningkatan status kesihatan, mengurangkan risiko terkena penyakit 3 serangkai iaitu  jantung-diabetes-darah tinggi, badan akan terasa lebih ringan dan memiliki stamina yang bagus.

Bukan sahaja amalan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan malahan pemakanan juga harus dijaga. Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan manis. Langkah-langkah cara pemakanan yang betul adalah pastikan anda mengambil makanan mengikut waktu yang betul iaitu 3 kali sehari (sarapan, lunch, makan malam). Pilihan makanan seperti rendah gula, garam dan lemak pasti akan membuatkan badan anda tidak mudah terkena penyakit merbahaya.

Gaya hidup sihat bukan sahaja merangkumi pemakanan dan cara hidup teratur tetapi juga melakukan aktiviti luar seperti bersenam. Jika anda tidak aktif, pasti akan menyebabkan masalah penyakit diabetes, strok, high-blood pressure dan sakit sendi. Lakukan aktiviti luar sekurang-kurangnya 20 – 30 minit sehari. Bergantung kepada keadaan fizikal seseorang itu. Pilihan aktiviti juga haruslah bersesuaian dengan anda. Jangan pilih aktiviti yang akan membuatkan fizikal anda mengalami kesakitan di kemudian hari.

Jom ikuti langkah-langkah gaya hidup sihat yang betul dengan teratur;

·        Minum air
-          Pastikan anda meminum air yang secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini untuk membuang toksin yang ada di dalam badan serta mengimbangi semula pH dalam badan anda agar kembali normal.

·        Diet
-    Diet diatas ini bermaksud diet yang sihat. Bukannya, ‘crash diet’. Amalan crash diet sangat membahayakan kesihatan. Mulakan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai snacking anda. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng, berlemak dan bergula.

·        Dilarang merokok
-       Merokok merupakan salah satu sebab terjadinya penyakit yang melibatkan kulit. Elakkan daripada merokok dengan kerap. Atau sebaiknya, berhenti sahaja. Bagi yang tidak boleh berhenti, kurangkan pengambilannya. Kalau dulu sehari sekotak, kurangkan kepada sebatang sehari.

·        Lakukan aktiviti luar
-      Bersenam atau berekreasi merupakan antara aktiviti luar yang digalakkan untuk anda agar amalan gaya hidup sihat dapat diterap dengan sempurna. Ianya baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukannya setiap hari. Paling kurang pun 10 minit sehari, sudah memadai.

·        Tangani stres
-  Sebenarnya, tekanan mempercepatkan proses penuaan. Rilekskan diri anda sebelum melakukan sesuatu perkara. Tenangkan fikiran sebelum membuat keputusan.

·        Tidur dan rehat
-   Tidur dan rehat yang berkualiti akan mempertingkatkan tenaga serta membuat anda bertambah cerdas dalam melakukan aktiviti seharian.

·        Jaga kulit dengan baik
-       Elakkan daripada memakai sebarang alat solekan di waktu malam. Benarkan kulit anda bernafas dengan baik.

·         Aromaterapi
-    Lakukan sesi aromaterapi sendiri di rumah dengan menggunakan mandian gel aromaterapi daripada 7Lime ini. Ianya pasti dapat menenangkan jiwa dan perasaan anda. 
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut : https://www.ikonlady.com.my/

Tips : Jika anda ingin tenangkan fikiran dan meregangkan otot, apa kata cuba aktiviti seperti yoga? Klik di sini untuk info lanjut : https://www.facebook.com/spacelifestudio Ianya menawarkan dari tahap pemula sehinggalah ke profesional. 

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!