Semasa Travelling, Jangan Lupa Menjaga Kesihatan Rambut!




Rambut adalah salah satu perkara yang paling penting dalam kehidupan seorang wanita. Tidak kira samada berhijab ataupun tidak, pasti penjagaan rambut diutamakan setiap hari. Anda sudah tentu ingin syampu rambut selalu dan melakukan perawatannya dengan sempurna. Kepala yang tertutup lama akan membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik. Ini menyebabkan terjadinya kelemumur, rambut kering, hujung bercabang dan tidak bermaya. Perawatan rambut yang betul akan membuatkan rambut anda tampil sihat dan segar walaupun berhijab.

Nah, dibawah ini ada beberapa tips berguna untuk memastikan rambut anda sentiasa kekal cantik dan bersinar semasa berhijab;

·         Material hijab
-        Gunakan hijab daripada material kapas atau yang senang untuk menyerap peluh. Ini untuk mengelakkan rambut berbau atau berkelemumur. Jenis-jenis kain ini dapat mengelakkan kulit kepala terkumpul peluh dan pori pada kepala anda dapat bernafas dengan baik. Folikel rambut anda juga akan terjaga dan kadar pertumbuhan rambut dapat berjalan dengan sempurna.

·         Lembut dan ringan
-          Hijab yang bermaterial lembut dan ringan seringkali menjadi pilihan pengguna kerana ianya memudahkan peredaran udara dan kelancaran perdaran darah pada kulit kepala anda.

·         Keringkan rambut
-          Selepas mencuci rambut, pastikan anda mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum memakai hijab. Jika rambut masih basah dan anda terus menyarungkan hijab, ini akan menyebabkan rambut berbau dan kulit kepala cepat berkelemumur.

·         Jaga kebersihan rambut
-         Untuk merawat rambut dengan berkesan, cuci 2 – 3 kali seminggu bagi menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan sempurna. Gunakan vitamin seperti conditioner, masker, serum, tonik dan produk perawatan yang bersesuaian untuk jenis rambut anda.

·         Lakukan perapian
-     Sikat rambut anda setiap hari sebelum mengenakan hijab. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada rambut kusut dan tidak rapi semasa berhijab.

·         Jangan mengikat rambut setiap masa
-    Elakkan daripada mengikat rambut anda selepas mencucinya. Sesekali biarkan rambut beruraian tanpa diikat agar kulit kepala anda dapat bernafas dan rambut tumbuh dengan sempurna. Ianya dapat juga menghilangkan tekanan atau stres yang dialami bermula dari bahagian kepala. Jika mengikat rambut, jangan terlalu ketat. Rambut anda akan mudah rapuh dan gugur.

Tips : Memakai hijab banyak manfaatnya. Anda tidak perlu melakukan perawatan menggunakan bahan kimia untuk melurus atau kerintingkan rambut. Hanya memakai hijab, tiada lagi masalah penggayaan rambut yang perlu difikirkan.

Notakaki : Bukan hanya penjagaan rambut sahaja yang perlu dikhuatiri tetapi juga perawatan untuk badan. Nah, gunakan gel mandian aromaterapi 7Lime ini agar kulit badan kekal sihat dan segar sepanjang hari. Anda juga akan lebih fokus untuk menjalani aktiviti harian. Jom klik di laman web kami untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!