Petua Wanita Kekal Cantik : Kesihatan Dalaman & Luaran Harus Dijaga




Bagi seorang wanita, penjagaan kesihatan itu amat penting. Tidak kira samada penjagaan dalaman atau luaran, pastinya menjadi kebimbangan anda untuk memberikan yang terbaik agar sentiasa tampil sihat dan bermaya. Jadikan kebiasaan untuk melakukan ‘research’ mengenai tips-tips yang terbaik buat diri anda. Terdapat pelbagai tips berguna yang boleh dijadikan rujukan untuk anda mengikutinya. Tidak semua tips berkesan untuk anda. Ada juga yang perlukan masa untuk mendapat hasil, ada juga yang hanya sekali sahaja cubaan, hasil yang didapati sangat memuaskan.

Yang penting, haruslah bersabar dalam setiap perkara yang anda lakukan. Dibawah ini terdapat tips-tips berguna yang boleh dijadikan panduan agar anda sentiasa berhati-hati dimasa hadapan;

·        Semasa ingin mengangkat barangan yang berat, elakkan daripada menarik. Tetapi seharusnya menolak agar tidak memudaratkan badan anda. Ini kerana urat saraf wanita berada di dalam kategori yang agak lemah dan mudah terkena penyakit seperti sakit belakang.

·        Pastikan anda melakukan senaman ringan seperti berjalan (breeze-walking).

·   Elakkan daripada meminum kopi dengan kerap kerana ianya akan menyebabkan penyakit tulang (Osteoporosis) dan menopaus. Anda mungkin mengambil kafein agar kekal terjaga semasa melakukan tugasan tetapi kurangkan pengambilannya. Minum secawan sehari jika anda harus mengambil kafein setiap hari untuk memberi tenaga. Minuman yang berkafein juga akan mengakibatkan insomnia dan gastrik.

·        Bagi wanita, kita kerapkali mengalami masalah penyakit darah tinggi dan kolestrol. Cuba tips berguna ini dengan merebus 10 helai daun salam untuk dijadikan minuman setiap hari selama 12 hari berturut-turut.

·    Makan tembikai kuning untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini kerana darah tinggi disebabkan oleh kekurangan kalsium. Maka, tembikai adalah terbaik untuk menurunkan tekanan.

·        Setiap daripada anda pasti menggemari buah anggur. Ambillah anggur hitam yang baik untuk jantung dan anggur hijau baik untuk diet, manakala anggur merah baik untuk melancarkan peredaran darah agar pembuluh darah tidak mengalami masalah tersumbat.

· Untuk wanita hamil, anda dinasihatkan untuk memakan labu kuning supaya dapat mempertajamkan ingatan dan minda si kecil.

·       Buah pisang pula terkenal untuk melawan penyakit cramp atau senggugut dan manggis pula baik untuk penjagaan tulang anda agar tidak merepuh.

·      Elakkan daripada makan sebelum tidur kerana ianya boleh menyebabkan kanser. Usus yang tidak berehat seharian, boleh memudaratkan kesihatan.

·     Dinasihatkan oleh pakar pemakanan dan kesihatan untuk mengambil buah-buahan sebelum makan. Bukannya selepas makan. Ini kerana air yang terkandung di dalam buah-buahan dapat mengenyangkan perut serta mengelakkan anda daripada memakan secara berlebihan.

·     Semasa datang bulan (haid), elakkan daripada mengambil minuman berkafein seperti teh. Terutamanya teh hijau.

·   Setiap pagi selepas bangun tidur dan sebelum menggosok gigi, pastikan anda meminum segelas air kosong. Ini boleh mencegah daripada terkena penyakit yang melibatkan hempedu dan aktifkan organ dalam dengan sempurna.

·  3 jam sebelum tidur, elakkan daripada mengambil sebarang makanan. Ianya boleh menyebabkan makanan tidak dapat diproses/dicerna dengan baik. Maka, kegemukkan terjadi akibat pengambilan makanan selepas waktu yang sepatutnya.

·     Setiap hari dengan meminum 8 gelas air kosong, boleh terhindar penyakit yang melibatkan pundi kencing.

·        Jadikan sebagai rutin meminum air kosong di waktu siang hari secara berlebihan dan elakkan daripada minum di waktu malam dengan banyak. Ini akan mengakibatkan water retention.

·     Jika terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan, pasti kita akan menjadi kekurangan tidur akibat tekanan/stres. Kurang tidur boleh melemahkan otak. Jika terasa mengantuk, lelapkan mata. Siapkan kerja lebih awal, jadi anda tidak perlu berjaga malam.

Tips : Jagalah kesihatan diri sendiri agar hidup sentiasa ceria. Penjagaan dalaman dan luaran perkara yang amat penting untuk setiap wanita. Amalkan tips diatas dengan segera untuk mendapatkan hasil yang lumayan.

Notakaki : Sebut sahaja pasal penjagaan kesihatan, gel mandian aromaterapi ini terbaik untuk menjaga kulit badan anda agar sentiasa kelihatan segar, cantik, sihat dan bermaya sepanjang masa. Klik di laman web ini untuk info lebih lanjut berserta tawaran menarik : https://www.ikonlady.com.my/ 

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!