Petua Untuk Hapuskan & Lawan Kelemumur Dengan Berkesan




Bila bercakap mengenai mahkota terpenting bukan hanya untuk wanita tetapi lelaki juga ini, pasti tidak boleh lari daripada masalah yang melanda seperti hujung rambut bercabang, rosak, kering, gugur, kutu dan kelemumur. Topik kali ini kami akan bagi tips dan cara untuk menghapus serta melawan kelemumur dengan berkesan. Tahukah anda kelemumur terjadi bukannya disebabkan oleh kulit kepala kering? Tetapi disebabkan oleh faktor umur, perubahan hormon, stres dan pemakanan. Ingin tahu penyebab utama keadaan kulit kepala berkelemumur? Ikuti artikel ini;

·        Kulit kepala kering
-     Umumnya kita ketahui jika keadaan kulit kepala terasa ‘flakey’ ini disebabkan oleh kulit kering. Tidak benar sama sekali! Ianya disebabkan minyak dan sebum pada kulit kepala yang terhasil secara berlebihan. Ini merupakan penyebab utama kulit kepala terasa gatal. 

·        Elakkan cuci rambut guna kuku
-  Sesetengah orang menyatakan bahawa mencuci rambut menggunakan kuku akan membuatkan kelemumur tertanggal. Jangan lakukan sebegini! Ianya akan menyebabkan kulit kepala anda terasa iritasi, pedih dan merengsa dengan cepat. Risiko rambut gugur juga menjadi salah satu faktor mencuci rambut menggunakan kuku.

·        Guna minyak untuk pelembap rambut
-      Elakkan daripada menggunakan sebarang produk penjagaan atau perawatan rambut yang berasaskan minyak. Ini kerana kelemumur terjadi kerana kulit kepala menghasilkan minyak berlebihan.

 ·        Conditioner / perapi rambut
-    Kulit kepala yang sensitif akibat kelemumur tidak boleh terkena sebarang produk yang mengandungi bahan kimia. Walaupun perapi rambut yang anda gunakan terkandung bahan organik, elakkan daripada menggunakannya. Kulit kepala yang berkelemumur perlu direhatkan daripada sebarang produk penjagaan agar tidak menjadi lebih teruk.

·        Syampu
-   Tiada masalah jika anda ingin gunakan syampu anti-kelemumur. Tetapi rambut anda janganlah dibasuh setiap hari. Ini akan menyebabkan kulit kepala merengsa dan rambut rosak. Syampu anti-kelemumur bukanlah produk yang berkesan untuk menghapuskan kelemumur, sebaliknya, ianya hanya mengurangkan masalah tersebut.

·        Kurangkan mencuci rambut
-       Kulit kepala yang kerap menghasilkan peluh dan minyak setiap hari, pasti tidak terhapus masalah kelemumur dengan segera. Cuci rambut anda seminggu 2 – 3 kali sahaja. Bergantung pada keadaan kulit kepala. Ini untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih daripada segala kotoran.

Ingin ketahui cara menghapuskan kelemumur dengan berkesan? Petua dibawah ini dapat membantu mengembalikan kulit kepala anda kepada normal;

·        Santan kelapa
·        Daun Inai, Durian Belanda, Pandan
·        Limau nipis / Lemon
·        Aloe Vera
·        Minyak Argan
·        Minyak zaitun, Almond / Hazelnut
·        Bawang
·        Baking Soda
·        Garam bukit
·        Cuka epal / makanan
·        Belimbing buluh

Tips : Cuci rambut setiap 2 hari dan keringkannya setiap kali selepas mandi. Bagi wanita berhijab, pastikan rambut anda betul-betul kering sebelum mengikat rambut dan memakai tudung. Ini untuk mengelakkan rambut berbau masam dan kelemumur bertambah.

Notakaki : Rambut bermasalah mungkin punca anda tiada mood seharian. Tetapi kulit badan tidak dijaga dengan baik pun akan menjadi punca anda kurang berkeyakinan diri. Apa kata cuba gel mandian aromaterapi 7Lime ini untuk kesegaran badan agar kekal aktif. Klik disini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!